Home » » PELAKON YATT HAMZAH HAMPIR TERKORBAN KETIKA DI BUMI SYRIA!!!!!

PELAKON YATT HAMZAH HAMPIR TERKORBAN KETIKA DI BUMI SYRIA!!!!!

Written By mawarsari on Tuesday, April 28, 2015 | 1:01 AM


#Pelakon Yatt Hamzah menjelaskan dirinya hampir terkorban di bumi Syria sewaktu menjalani misi bantuan kemanusian baru-baru ini...

#Menurut Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, setelah selesai memberi bantuan bersama suami, kawasan tersebut telah di bom 10 minit kemudian....

#“Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dahsyat berbanding penduduk di Palestin.Banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal...

#“Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut...

#“Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya seperti dipetik menerusi Portal Murai....

#Jelas Yatt lagi, rombongannya turut terkandas di sempadan Syria-Turki selama 6 jam kerana pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan ketat terhadapa sesiapa sahaja...

#“Cuaca di sempadan panas berbanding di Syria yang sejuk, selepas 6 jam barulah pasukan kami dapat beredar bagaimanapun keesokkan harinya di tempat saya terkandas itu telah di bom...

#“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak,” ujarnya mengakhiri bicara...

#butterscot

SHARE

About mawarsari

0 comments :

Post a Comment